dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Lawatan Komuniti Madani Dun Kuala Perlis ke NADI

20 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2025, telah berlangsung Program Lawatan Komuniti Madani Dun Kuala Perlis ke NADI. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Perlis dan bersama komuniti Madani dun Kuala Perlis. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 04:00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang apa itu NADI, fungsi NADI dan manfaat NADI kepada komuniti. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan Kesihatan Kendiri oleh staf NADI kepada komuniti. Akhirnya, staf MCMC menerangkan mengenai jenayah scam, klik dengan bijak, serta aduan yang boleh dibuat kepada MCMC.

Dengan adanya taklimat seperti ini, ianya dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI, JAPEN, MCMC dan Komuniti Madani Dun Kuala Perlis. Selain itu, memastikan mereka mengamalkan penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.